Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Tabung Kanak-kanak PBB (bahasa Inggeris: United Nations Children's Fund) atau lebih dikenali sebagai UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi. Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat. UNICEF dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1965.